Sunday, 16 September 2012

PERGI KE BAZAAR RAMADHAN

SABTU,11 OGOS 2012 Kami bertolak ke bazaar ramadhan pada pukul 5.30 petang.Sebanyak 3 homeroom akan pergi ke bazaar ramadhan di bandar baharu,kedah.kami berkumpul di tapak roll call pada pukul 5.15 petang dengan diiringi oleh En.Fadzli dan Pn.Fadzlin.Kami tiba di sana dalam pukul 6 petang.Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang beraneka.Harganya juga agak berpatutan dan kami selesai membeli pada pukul 6 lebih.Kami bertolak ke maktab dengam membawa makanan yang di beli dari sana..

AKTIVITI HOMEROOM:)

KHAMIS,13 SEPTEMBER 2012 Aktiviti ini bermula pada pukul 4.30 petang.Semua ahli homeroom tiba ke kelas 5H untuk mengemaskan kelas.Kami menyusun buku,menyapu sampah,kemas loker dan sebagainya.Selepas siap mengemas kelas,kami pergi ke surau untuk menunaikan solat asar.Kemudiankami bersiap untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama iaitu bermain badminton.Pragas telah menyediakan alatan untuk bermain dan kami bermain di kawasan lapang sebelah lab fizik.kami bermain sehingga pukul 6.15 petang.Selepas itu kami bergerak ke DS untuk menjamu selera iaitu makam malam bersama-sama.TAMAT(@-@)

SAMBUTAN HARI RAYA 2012

JUMAAT,14 SEPTEMBER 2012 Pada hari ini akan berlangsung sambutan hari raya peringkat MRSM Transkrian.Walaubagaimanapun kami tetap meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa tetapi dipendekkan masa.program bermula pada pukul 11 pagi dengan beratur mengambil makanan.Antara makanan yang di sajikan pada pagi itu ialah satay,ketupat palas,rendang daging dan nasi berserta ayam masak merah.Majlis berlangsung dengan sesi santapan dan akhir sekali ucapan daripada pengetua.Kami di benarkan pulang selepas selesai majlis itu:)

Sunday, 1 April 2012

HARI SUKAN MAKTAB 2012

sabtu, 31/3/2012 Farhana di lantik sebagai naib presiden rumah sukan,Aireen sebagai bendahari manakala Mastura sebagai setiausaha.Perjalanan aktiviti rumah sukan amat memenatkan tetapi RUMAH JEBAT memenangi perbarisan (tmpt ke-2)yang turut di ajar oleh Salmi.Khemah RUMAH JEBAT di tempat pertama dibantu oleh Farhana dengan memberikan penjelasan tentang khemah..Tidak sia-sia kami berjaga hingga awal pagi dengan keputusan yang begitu membanggakan ini..Aizat banyak memenangi acara larian,Salmi memenangi tempat ke-2 dalam melontar peluru..CIKGU ZURAIDA juga berpuas hati dengan kemenangan pada tahun ini walaupun JEBAT di tempat ke-3...SEKIAN =>

Friday, 16 March 2012

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

    8 Mei 2012
        Khamis

  Homeroom Pn.Zuraida  di beri tugas untuk membuat khidmat masyarakat di pondok Batu 5,Parit Buntar.
  Masing-masing menjalankan tugas yang di berikan.Pelajar lelaki di tugaskan menanam nanas,membuat
  tambak  di tepi longkang.Pelajar perempuan pula menanam pokok bunga serta membersihkan kawasan   perumahan serta membantu warga penduduk di situ.Kami pulang ke maktab pada pukul 12 tengah hari
setelah selesai menjamu selera yang di masak oleh warga perumahan di situ..Jutaan terima kasih kepada
guru-guru yang mengikuti kerja amal bersama-sama kami terutama sekali guru homeroom kami ,pn.zuraida.Tidak lupa kepada warga pondok Batu 5..TERIMA KASIH =>

Wednesday, 14 March 2012

LAPORAN MALAM BUSANA FUTURISTIK

7 Mei 2012
Rabu

Acara ini bermula pada pukul 9.20p.m. di dewan..
Pn.Zuraida turut bersama kami bagi mereka busana futuristik pada malam itu..
Kami mereka cipta busana daripada kertas minyak dan kertas warna..
Model yang memperagakan busana tersebut pada malam itu ialah qistina dan aizat..
Busana kami mendapat tempat ketiga bagi tingkatan 5..

LAPORAN MAJLIS MALAM PUTERI

4 Mei 2012
AHAD

Majlis malam puteri berlangsung pada pukul 9.15p.m.
para puteri MRSM Transkrian berkumpul di Dewan Ibnu Sina..
Ahli Homeroom Pn.Zuraida berarak masuk ke dalam dewan dengan berpakaian cantik..
Farhana di lantik menjadi pengacara majlis yang gilang gemilang itu..
Pn.Zuraida juga turut menyertai acara malam itu iaitu karaoke bersama puteri mahkota yang lain..Pn.Zuraida di nobatkan Puteri Mahkota yang Anggun pada malam tersebut..
Ahli Homeroom yang lain menyertai tarian pembukaan majlis..Moreen telah di pilih sebagai wakil batch untuk RUNWAY..